December 29, 2014

its 29th !

salam~


nearly end of december. and today is my birthday!
happy birthday to me! lol

umur dah makin meningkat, apa yang dah aku achieve setakat ni?

jadi Dr? checked

masak.? err

kemas rumah? ok la. aku suka sikit part kemas-kemas ni. sebab rasa best je bila tengok benda dalam keadaan teratur.

kahwin? errrrrr

since dah nak masuk tahun baru ni, and since aku pun dah nak keluar OS, part keje tu rasa nak upgrade sikit.

aku baru realize yang sejak keje ni hidup aku memang lah tak teratur. tunggang terbalik je rasa.

so azam tahun baru ni:

1)nak jadi lebih berdisiplin,
2)nak membaca dengan lebih kerap ( lah sangat),

and
3) nak back to usrah. eh.

hehe. rasa macam rohaniah ni tak terisi. setakat dengar ceramah ustaz kazim sekali-sekala. macam tak cukup je.

well, azam tahun baru, mesti lah nak improve kan diri.

nak mantapkan diri dengan ilmu-ilmu. hidup ni pun bukanye pasal dunia je semata. (bak kata seseorang)

harap-harap kuat la iman aku nak join usrah kat sini. kang nanti malas lah ape lah. banyak pulak alasan nye kang.

4) nak jalani gaya hidup sihat (ceewah)

azam tahun baru aku nak jogging at least 3 x seminggu. (wow). rasa badan sekarang ni sangat lah tak fit. rasa lembik je. dah tu ada pulak cakap aku dah gemuk! lepas tu kalau aku bising-bising aku dah gemuk, tak ada sape nak layan. T.T

agak-agak by the end of 2015 tercapai tak semua azam-azam tu??


early bday celeb with twinnie!

oh,terserlah lah parut2 jerawat and mata sepetku!


till then, 

bye!

p/s: ada lagi satu azam la. nak kawen nex year. eh.

December 15, 2014

:'(

salam~

lately aku ras macam dah torn into pieces betul *hover*. tapi serius.

still tak dapat nak catch up dengan life dekat OS. dengan oncall nye lagi. stress!

and this week oncall lagi. *oh no!*
life dekat OS ni memang betul-betul mengajar aku untuk jadi seorang doktor. A truly Dr.

selama ni life dekat clinic macam biasa je, do things that i normally do, and benda-benda yang aku yakin apa yang aku buat tu betul.

but since dekat OS, banyak benda nak kena belajar. and kena managed patient as a whole. even as a dentist, tapi kena make sure other things pun which not under my specialty kena cover. kalau tak kena cover pun, at least kena alert!

and my yellow alert is not so alert. *sigh*

and kena always follow up dengan medical team sekali. kena banyak membaca, which i seldom do now. even baca newspaper pun tak dah sekarang.

dengan nak catch up dengan boss yang suka tanya soalan, which i always end up dengan tak boleh jawab with blurr face.

semua nya menambahkan stress.

belum masuk oncall case yang memang akan sentiasa membuatkan my life miserable.

how i missed my uni life!!


masa belajar, stress pun still ada masa nak bergelak ketawa. still ada masa nak layan cerita korea (pengubat stress), still ada kawan-kawan yang akan support even tho diorang pun ada masalah yang sama, still managed to pass exams.

what happened to me now?

rarely watch tv, kadang-kadang tu malam tido awal, cerita korea dah lama tak layan, pimples naik tak hengat dah.  dah tak flawlesss ,macam dulu-dulu dah. *dulu pun idok le flawless mane pun*. hehe

jogging dah lama tak pergi,badan dah tak fit, demam pun lambat nak baik, macam dah makin lemau.





what im gonna do now?




p/s: i missed my life back then.

October 26, 2014

life update 3.0?

Salam~

aku suka menulis, but the thing is sekarang masa banyak habis tengok tv.

takpun kalau weekend tu macam busy, keluar sana sini, balik dah penat nak menghadap laptop ni.

kalau weekdays lagi la tak sempat.dulu masa zaman belajar laptop lah segala-galanya. nak buka FB pun pakai laptop. since aku tak pakai internet dekat phone.

tapi sekarang semua dekat phone. cuma nak tulis new entry tu idak le dekat fon kan.

nak membaca pun sekarang makin slow. nak habiskan satu buku pun punya lah payah. asal baca je dah ngantuk pulak sekarang ni. tak remaja betul! :P


sekarang dah nak masu 2nd month dekat OS. so far aku dah boleh slowly adapt.

dulu masa awal-awal memang terasa stress sikit. sebab banyak benda nak kena belajar.

sekarang dah faham sikit sistem, boleh la nak manage. walaupun kadang-kadang tu still blur. 

and of course sebab ada orang tu. rajin je melayan emosi perempuan sorang ni. :P :P

and another 2months to survive in os!

well, i can do it! :)


till then, 



bye!

October 7, 2014

menjaga pandangan

Salam~

wah, dah semakin rajin nak update blog.hewhew.

sejak dah bekerjaya ni, aku tak nak la fail manage duit. aku ni agak boros orangnya. duit macam laju je mengalir bila time gaji tu.

memang betul la orang cakap, duit banyak mana pun tak rang ukup.

baru-baru ni aku ada terbaca satu artikel ni. dekat facebook tak salah. tajuknya macam simple je. menjaga pandangan.

orang perempuan ni kan suka shopping. suka tengok barang-barang. lepas tu nak beli. kadang-kadang benda tu tak perlu pun, tapi sebab dah tengok, and review pulak macam best je terus beli.

bila dah beli, kadang-kadang tak guna pun barang tu.

kan dah membazir.

well this happened to me always. yes, always.

Everland, Seoul


dalam artikel tu jugak penulis tu cakap kurangkan lah scroll dekat instagram tu. kalau dah instagram timeline tu penuh dengan kedai-kedai (ye aku punya insta macam tu), tak ke terpengaruh?

so ladies, jaga lah pandangan kita ye? selalu orang cakap jaga pandangan ni dekat kaum lelaki kan ( eh, lelaki sekalian jgn terasa plis), tapi sebenarnya perempuan pun sama.

mungkin lelaki tak la terpengaruh sangat dengan barang-barang, sebab tu kena jaga pandangan dari sudut lain.

 kalau lelaki pulak, jaga pandangan  ni, of course la dapat mengelakkn masalah-masalah yang tidak di ingini.

kesimpulannya, kurang scroll timeline ig, kurang la duit yang mengalir, kurang window shopping kurang la nafsu nak membeli tu.

kan dapat menabung dengan bijak. eh.

hehe


ada hikmah rupanya Allah suruh jaga pandangan ni.


p/s; nak pergi delete insta terus lah. (over sangaaat!)

October 6, 2014

life update 2.0

Salam~

lately aku agak stress.stress sebab bulan baru department baru. sekarang aku attach dekat OS (oral surgery).

baru few days masuk dah rasa stress.
stress sebab specialist salu tanya soalan-soalan lepas tu tak dapat jawab and oh rasa bodohnya aku!
lepas tu aku macam boleh nampak ada awan atas kepala boss;

 'soalan senang macam tu pun tak dapat jawab,betul ke dentist ni'. 

stress bila ada new case, sebab nak kena present case dekat boss. nak kena ambik history like forever, tapi still bila present dekat boss, banyak je lompong-lompong yang aku tak tanya kat patient. *sigh

dulu masa dekat primary, aku rajin benar nak refer case ke OS. sekarang rasa, eh, kes-kes kecik macam ni pun nak refer ke. menambahkan kerja aku je nak kena present depan boss. HAHA.

stress mengenangkan nanti aku kena jadi first call. hopefully time aku first call tak ada case langsung. HAHA. boleh gitu?

stress mengenangkan dekat OS nak pergi toilet pun kena ambik kunci tulis dalam buku time bagai and balik nak kena hantar kunci bersign lagi. T.T

susah la aku nak mencapai target minum air gini. haha

nak solat susah, surau sikit punya jauh.surau dekat pulak tak ada tempat nak ambik wudhuk. dah tu kena ambik kat toilet. tak ke basah kasut and stokin aku camtu?


hehe.

benda-benda kecik pun dah jadi stress sebab tak suka OS. oh cepat la 3 months berlalu. nak masuk primary care balik. 

tetiba sangat tau letak Namsan Tower, Seoul



p/s: baru je aku bising-bising dekat primary malas nak layan patient banyak songeh. sekarang masuk OS nak balik primary? apekah ini? :P

September 27, 2014

life update

salam~


kali ni aku rasa paling lama kot tak update. serius lama. rindu je nak update. tapi macam banyak hal plus bila dah balik kerja tu memang lah malas nk on lappy.

rasa macam banyak je nak menulis kan. tapi bila dah depan mata blur pulak nak tulis apa.

anyway, sekarang aku still bekerja (apekah ini?), still fydo, baru balik dari korea (eh), masih belum berkahwin (eh lagi).

aku rasa life aku sama je bila update ke tak. tak ada apa pun yang berubah.

oh, maybe ada sesuatu yang berubah sekarang ni. hihi.

btw, haritu aku pergi korea for 12 days and bajet aku kurang dari 4k including tiket flight and accomodation.

tapi tu sebab aku pergi backpacking and bajet kurang untuk makan dekat luar since aku banyak bawak makanan segera and snek.

for 12 days tu, 3 hari dekat Busan and the rest dekat seoul.

so far, bagi aku korea ok la. aku macam kurang feel sikit masa dekat korea. tah la kenapa.

maybe bagi sape yang suka shopping kosmetik tu akan rasa macam heaven la kot masa dekat myeongdong. rasa nak beli semua. hehe.

the rest tempat lain pun ok, banyak jugak tempat aku bagi. 12 hari kot. sampai hujung-hujung tu dah tak tau nk pergi mana plus penat.
sebb kat sana subway semua kat bawah, and banyak tangga je. lepas tu jalan kat korea pulak berbukit-bukit.memang pancit la bila hujung-hujung tu kan.

anyway nanti (kalau rajin) haha, aku update la tempat-tempat menarik di korea.

everland , seoul
tu jelah life update aku serba sedikit. lepas ni aku rajin la sikit kot menulis. nak brush up balik skill menulis.hehe.

till we meet again!

p.s:)

July 13, 2014

kenangan ramadhan

Salam~


Dah 2 minggu puasa. baru harini sempat buka blog and update selamat berpuasa! :D

tahun ni lain sikit puasa, dah banyak tahun tak puasa kat rumah. kalau puasa pun mesti dapat yang hujung-hujung je. sejak duduk asrama sampai lah dah habis belajar dekat Mahsa.

tapi dalam banyak-banyak , kenangan berpuasa dekat Mahsa la yang paling ingat. maybe sebab masih baru. HAHA.

tak2, sebab kenangan tu paling manis. sebab tu kita ingat kan?

selalunya tiap-tiap tahun puasa dekat mahsa mesti time tu sibuk nak exam final.

dari first year sampailah ke final year.cuma masa final year final exam start lepas raya. masa 1st-4th year final exam sume masa bulan puasa.

so selalunya bulan-bulan puasa aku mesti busy sikit lah. nak bahagi masa nak study, malam nak pergi terawih lagi, balik terawih pulak selalunya dah kekenyangan. lepas tu buku ke mana yang jumpa katil jelah.:p

walaupun time bulan-bulan puasa study siangnya, malam sibuk berterawih,lepastu sibuk nak melawan mengantuk lagi, alhamdulillah setiap final exam passed! cuma masa 4th year tak berapa nak flying colors sangat lah. hehe.

maybe sebab berkat bulan puasa, doa pun mustajab kan.

time puasa kat mahsa memang aku tak bangun sahur pun. 2 , 3 hari je aku bangun tu pun makan biskut. time tu rasa waktu tidur sangat berharga. T.T

alia and izzy kecewa je kalau ajak aku sahur kat cafe. HAHA. penat izzy call kejutkan aku. alia awal-awal lagi give up nak ajak. tapi kalau esok tu nak pergi shopping, automatik bangun sahur kat cafe makan nasi goreng. perangai. HEHE.

selalunya siang tu study, tapi kadang-kadang kalah jugak dengan cerita korea. selalu cakap nak tengok satu episod je, konon-konon reward sebab habis satu chapter, tapi end up mesti berepisod aku tengok. lepas tu kecewa sebab habis masa tengok cerita je.

malam-malam pulak pergi terawih dekat bangunan Intan sebelah tu. jauh jugak nak jalan. tapi aku suka je. sebab siangnya asyik terperap je dalam bilik. malam jalan sikit lah. lepas tu surau tu memang ada moreh la tiap-tiap malam. lepas terawih makan-makan dulu, lepastu saja-saja balik lambat. sebab tak nak start study lagi. haha.

aku dengan Al selalu kecewa bila time ktorang tak pergi surau, malam tu lah moreh sedap. ada sekali tu, moreh sate la, dominos lah.. time tu lah ktorang tak pergi surau sebab esok tu ada paper. T.T

petang-petang kalau rajin pergi bazar. selalu aku dengan alia bising-bising, Dennis (best student), mesti tengah pulun study, ktorang bole happy-happy jalan sana jalan sini.tapi kalau tak pergi bazar pun bukannya nak study petang-petang mcm tu. end up tengok korea jugak.


dah habis exam, misi cari baju raya pulak. tiap-tiap tahun without fail mesti alia yang akan teman cari baju raya dekat masjid india. keluar pagi-pagi, balik malam.time tu terawih pun dah ke mana la kan.

bayangkan panas-panas tu, cari baju sesak-sesak dengan orang, dengan puasa lagi, sanggup!asalkan dapat baju raya. HAHA.

aku pulak nak cari baju raya fussy. kena cari baju dulu, baru boleh cari barang lain.nak cari baju raya pun dah satu hal.bersabar sungguh alia dengan aku kan. macam mana lah si alia ni boleh bersabar dengan aku kan. hehe


nak buka puasa pun kadang-kadang tu tak dapat tempat.tempat feveret food court sogo je. tu pun salu je full.bila solat dulu pulak, makanan habis. kecewa.

tahun ni tak ada la shopping kat masjid india dah. nak pergi sana pun,cik Al busy posting pakar, tak dapat teman aku.wuwuw. T.T

rindu nak beriftar, sahur (eh), terawih and shopping sesame dengan korang!


rinduuu! time ni muka tengah break out sebb baru habis final exam. cis


ni lagi gambar lama gila. time alia hilang sebab fon habis battery.
random





ok, selamat berpuasa semua!
jangan lupa doa buat saudara-saudar kita di Palestin!



p/s: raya in 2 weeks!