August 11, 2011

semalam dalam sejarah.

semalam aku ada exam radiology. radiology tengok macam senang.tak banyak sangat topic if nak compare dengan subject yang lain.tapi mak aih, yang gerunnya sebab lecturer straight sangat.nak jawab kena complete and salah sikit spelling ke, ape ke memang tak dapart mark langsung.
even kalau ko buat betul dah dekat bahagian atas,tapi ada sikit portion yang ko buat tu salah, jangan mimpi nak dapat mark even 1  mark oke.


cisss. Dr S yang ajar ktorang radiology ni memang lah menggerunkan. dia dentist dekat army tapi buat part time mengajar dekat mahsa. pergh,dah kaya mau buat part time lagi. gua respect ah.

untuk 4rd year ni,class radiology hari jumaat pukul 2.30pm-5.00pm.cuba bayangkan nak belajar time-time macam tu. dah la hari jumaat, petang pulak tu. memang menguji kesabaran betul ah. selalunya aku memang akan mengantuk lah time class dia.tak pun aku tak boleh focus sebab aku fikir nak balik rumah je.hehehe

and Dr.S ni memang akan tegur sapa yang tidur dalam class.lepas tu dia suka tanya-tanya soalan.bila mai time dia tanya soalan tu, aku memang segar ah.cuaaaak kot.HAHA.
we HATE exam!!!


kalau ada nak kena buat presentation untuk radiology je, mesti satu class akan stress and cuak.sebab semua takut dengan dia.pergh..memang kuat ah aura Dr.S ni. lepas tu kalau ko ponteng class dia,next week dia akan tanya kenapa ponteng. oke, sepanjang class dengan dia, aku pernah ponteng  2 or 3 kali je.MUAHAHA.

tapi aku ponteng bersebab kot.

sebab nak balik rumah.

Muahahaha.

nak dijadikan cerita, bila semalam nak exam radiology cuak tahap tak ingat ah.takut soalan dia susah and masa mid sem dulu subject dia je ada orang failed.subject lain semua orang lulus kot.
i HATE exam. *google pic*


bila dapat je kertas soalan buka ah,usha-usha, tengok soalan.aku dapat je terus usha soalan essay dulu.

'eh, apsal soalan ni macam ada jawapan sekali ni??'

'ke memang soalan dia, aku baca tak habis kot', bukak lagi, tengok ada jawapan lagi.ah sudah.

lepas tu ada member aku bagi tahu dekat Dr S yang SEQ ada jawapan.teetttttttt!

aku terkekeh-kekeh sorang-sorang dekat belakang.

macam mana la boleh jadi sampi macam ni???

professional exam kot ni.bukannye mid sem ke, test ke, quiz ke...ape derrr!

lepas tu, ktorang jawab MCQ je dulu.petang baru buat SEQ.

Dr S reset soalan balik which aku rasa dia buat soalan yang agak susah.:(

wuwuwuwuw.

aku baru habis 2 paper.oral patho and radiology.

and aku cuak dengan radiology.

hope i can pass...

esok ade general surgery. yang ni another headache pulak.adesss.

okay, nak bertarung untuk GS pulak.:( *google pic*


fighting!!!

No comments:

Post a Comment