July 27, 2013

kawan baru?

Assalamualaikum~

recently aku banyak berfikir. aiceh. as if fikir pasal rocket science la sangat. tak de. tak de. if rocket science aku dah give up awal-awal.

tahun ni terawih dekat intan aku kenal kawan baru.al maklumlah aku kan berat mulut sikit if nak tegur orang yang tak berapa nak kenal ni. setakat senyum-senyum je.

nak di jadikan cerita budak yang aku tegur tu pun orang taiping. kecik betul mahsa ni. ade je orang taiping kan. so banyak lah benda sikit nak sembang dengan die.

and kawan baru aku ni jenis yang cepat attached dengan orang kot. or maybe aku yang jenis suka nak ada-ada gap dulu before aku kenal die betul-betul.

yang paling aku terharunya bila dia sanggup datang bilik aku nak bagi juadah berbuka.terharu betul aku. maybe sebab aku anggap dia kawan yang kenal dekat Intan je, so bagi aku dia kawan biasa je. kejam betul la aku ni. haha.

yang lagi sweetnya if tak dapat pergi surau sama-sama siap mesej ade love u lah, miss u lah. errkk!

again bagi aku if baru kenal tak kan lah nak cakap those words kan? itukan something yang special and cant simply je nak cakap kan? yelah even sesama perempuan pun.

tulah, maybe sebab aku kurang perasaan kot. ahaha:P

and atas sebab-sebab tertentu agak lama jugak lah tak jumpa  dia.

again satu hari before buka puasa ada orang datang ketuk bilik. ingatkan sapa. rupa-rupanya kawan baru aku datang hantar bubur lambuk.

siap cakap die teringat dekat aku, sebab tu ambil extra. nak bagi aku satu.. huuu..

kenapa aku keluar berbuka dekat luar tak de pun aku ingat dia? HAHA. sah aku memang kejam. lepas tu terus aku terfikir, even bilik dia pun aku tak tau kat mana. dia dah 2 kali datang bilik aku walaupun baru kenal.

patot la kadang-kadang kawan aku complaint aku suka sangat duduk dalam bilik tu. nak harap aku datang bilik diorang macam menunggu buah yang tak gugur je.

sekarang baru aku faham.

aku kena give and take sikit. jangan terlalu self centered sangat.

lepas tu terus aku pergi buka puasa sama dengan kawan-kawan aku. aku pergi bilik diorang terus. raca tacing sikit hari tu. tacing dengan diri sendiri. haha.

tu je nak cerita.

bye!

No comments:

Post a Comment