December 29, 2014

its 29th !

salam~


nearly end of december. and today is my birthday!
happy birthday to me! lol

umur dah makin meningkat, apa yang dah aku achieve setakat ni?

jadi Dr? checked

masak.? err

kemas rumah? ok la. aku suka sikit part kemas-kemas ni. sebab rasa best je bila tengok benda dalam keadaan teratur.

kahwin? errrrrr

since dah nak masuk tahun baru ni, and since aku pun dah nak keluar OS, part keje tu rasa nak upgrade sikit.

aku baru realize yang sejak keje ni hidup aku memang lah tak teratur. tunggang terbalik je rasa.

so azam tahun baru ni:

1)nak jadi lebih berdisiplin,
2)nak membaca dengan lebih kerap ( lah sangat),

and
3) nak back to usrah. eh.

hehe. rasa macam rohaniah ni tak terisi. setakat dengar ceramah ustaz kazim sekali-sekala. macam tak cukup je.

well, azam tahun baru, mesti lah nak improve kan diri.

nak mantapkan diri dengan ilmu-ilmu. hidup ni pun bukanye pasal dunia je semata. (bak kata seseorang)

harap-harap kuat la iman aku nak join usrah kat sini. kang nanti malas lah ape lah. banyak pulak alasan nye kang.

4) nak jalani gaya hidup sihat (ceewah)

azam tahun baru aku nak jogging at least 3 x seminggu. (wow). rasa badan sekarang ni sangat lah tak fit. rasa lembik je. dah tu ada pulak cakap aku dah gemuk! lepas tu kalau aku bising-bising aku dah gemuk, tak ada sape nak layan. T.T

agak-agak by the end of 2015 tercapai tak semua azam-azam tu??


early bday celeb with twinnie!

oh,terserlah lah parut2 jerawat and mata sepetku!


till then, 

bye!

p/s: ada lagi satu azam la. nak kawen nex year. eh.

No comments:

Post a Comment