April 12, 2011
hospital kuala lumpur.
Assalamualaikum.
Balik dari HKL tadi,mama call.cakap pak ngah dah meninggal.innalillahiwailaihirajiuun.
timbul kesedaran dalam diri.manusia boleh pergi bila-bila masa sahaja.sedih pun ada jugak.tapi aku tak kenal sangat pak ngah.sekali je rasenye aku pernah jumpa pak ngah.huhu.
masa dekat HKL pun banyak yang aku belajar.i mean dari segi rohani.ceewah.hahaha
tengok mak cik makcik dekat situ,insaf terus aku.syukur dengan kesihatan yang ALLAH bagi.Syukur aku masih bernafas di bumi ALLAH.alhamdulillah.
bila aku tengok patient tu merenung jauh ke luar tingkap,aku mesti fikir,apa yang mak cik tu fikir. macam tadi,ada sorang patient tu,mak cik la,dia ada cancer.tak lah tua sangat,around 40 kot.mak cik ni katil dia sebelah tingkap.dia renung jauh ke tingkap tu.aku sedih bila tengok mak cik tu.ntah kenapa,tapi aku sedih.aku memang lah kan,emo je lebih.hahahaha.
aku macam nak tahu je apa yang mak cik tu fikir.dia risau ke pasal nasib dia,pasal sakit dia,ke pasal anak-anak dia,anak-anak dia ada datang tak melawat dia,suami dia support tak,or maybe dia fikir yang dia tak kan lama lagi dapat menghirup udara ALLAH,ntah la.macam-macam.
but after all,hidup mesti diteruskan.jangan berputus asa.ingat ALLAH selalu.siapkan bekalan untuk ke sana jugak.bukan hanya mengejar keduniaan.ak tahu aku banyak yang tak sempurna,especially pakaian aku.hehehehe..:P
tapi aku berusaha jaga benda lain macam bab-bab kapel ni,hati aku,percakapan tu janganlah nak menyakitkan hati,ikhlas and sekarang aku nak usha banyakkan amal jariah.huhu.
bekalan ke sana tu.
ok lah.sampai sini dulu..
peace:)
arios!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment