July 14, 2013

selamat berpuasa.

Assalamualaikum~

dah hari ke-5 berpuasa, baru sempat nak wish selamat berpuasa! bulan puasa selalunya busy. busy nak makan (hewhewhew), busy nak terawih, busy nak study, and paling best busy nak tidur. =.='

dah makan kenyang haruslah mata pun berat. cane nak study ntah. dugaan betul.

tahun ni puasa asyik berbuka dalam bilik je. bilik lah tempat tidur, tempat study, tempat buat kerja, tempat sidai baju and sekarang jadik port bukak puasa. zzzz! dah lah bilik tu 'sangkar emas' la sangat.

tahun ni jugak tahun terakhir puasa as a student. tahun depan insyaAllah dah jadi Dr kot. hihih:P

so kena la kutip duit raya banyak-banyak. tahun depan turn aku memberi pulak. insyaAllah.

selain tu puasa aku sama je macam tahun-tahun lepas. tak ade beza. owh yang beza tahun ni balik terawih dekat Intan pulak. Mahsa kan tengah renovate. ntah berapa lama baru nak siap.cik Ally tak berapa suka pergi Intan sebab actually agak jauh nak jalan, siap  kena panjat tangga yg super tinggi. memang mencabar sungguh lah. kata baru lepas buka puasa. hihi

tapi aku suka je pergi Intan. tak tahu lah kenapa aku suka tapi aku suka la.mungkin sebab moreh dekat Intan sedap-sedap kot? or maybe suasana rasa macam pergi terawih dekat rumah sebab ade pak cik-pak cik and mak cik mak cik kot? dekat surau Mahsa semuanya student je. time puasa kan selalu home sick.huuu.

setakat ni aku still bangun sahur. walaupun sahur setakat makan kurma dengan air kosong. ahaha. malas nak turun beli pagi-pagi. tak sabarnyaaaaaa nak sahur and berbuka kat rumah.

tu jelah cerita puasa aku. tak de gambar makanan yang best-best pun sebab aku bersederhana dalam membeli.

p/s: semalam pergi bazar, 'bersederhana' la sangat kaaaaan. membazirrr je lebih. cis.

No comments:

Post a Comment