February 22, 2014

kisah En Karim Sulaiman

Salam~

fuhh, again setelah sekian lama baru nak menulis. jangan tanya apa aku buat eventho dah lama duduk rumah. T.T

harini terdetik nak tulis pasal En Karim Sulaiman.

En Karim Sulaiman telah meninggal pada 17 februari 2014 lalu, which aku baru tahu today.

apa kaitan nya arwah dengan aku? tak ada kaitan pun. Arwah pun tak kenal aku. tapi aku kenal arwah. pernah jumpa pun.

actually aku boleh start kenal dengan arwah sebab aku selalu baca tulisan arwah dalam kolum titisan harapan dalam akhbar BH setiap sabtu. jangan tanya macam mana aku boleh tertarik nak baca. haha

setia jugak aku baca. lagi-lagi bila aku dekat rumah. sebab dekat rumah ada paper. kalau masa aku dekat hostel jarang lah aku baca unless aku pergi library jumpa paper.

tapi macam pelik je nak pergi library on saturday.exam week pun sekali-sekala je aku naik library bila dah tepu sangat dalam bilik.

Arwah menghidap penyakit scleromyxedema, and dekat Malaysia ni arwah the only one yang hidap penyakit rare ni.

so aku suka baca tulisan arwah dalam kolum tu.walaupun arwah sakit, tapi tulisan dia menggambarkan yang arwah sangat kuat semangat, tak putus asa cari jalan nak ubati sakit dia, lepas tu selalu join forum dalam internet and berkenalan dengan pesakit scleromyxedema (SMX) dari negara lain.

and melalui input-input pesakit dari negara lain,arwah  jadikan panduan untuk dirinya. bukan tu je, diorang selalu bagi semangat antara satu sama lain. ah kagum betul aku dengan arwah.

and aku rasa arwah memang seorang yang pembersih.pernah sekali tu, arwah tulis pasal kebersihan gigi. fyi, pesakit smx mouth opening sangat limited. tapi still arwah boleh tulis satu kolum hanya pasal penjagaan gigi untuk pesakit smx macam dia.

ah, lagi kagum aku dengan semangat arwah.

and the best part is aku berjumpa dengan arwah masa posting dekat HKL under special care posting.

sangat tak sangka masa tu. excited pulak aku time tu.

supposed aku masuk OT, tapi sebab tak ada case sangat tu yang kena tengok case special care je.

bila specialist brief pasal patient ni, aku terus dapat agak yang arwah yang akan datang sebab arwah je yang hidap SMX dekat malaysia ni.

and bila face to face dengan arwah, aku terkedu. sebab arwah terlalu kurus. selama ni aku tengok gambar kecik arwah je dalam kolum tu,tak sangka arwah terlalu kurus.

arwah datang dengan anak lelaki dia. waktu tu arwah sakit gigi. and the worst part is specialist decide nak buat RCT but mouth opening sangat-sangat kecik.

kalau aku time tu jugak give up.HAHA. instruments untuk en Karim jugak lain berbanding instruments yang selalu guna. instruments semuanya kecik-kecik/ mouth mirror pun kecik. macam comel je aku tengok mouth mirror kecik gitu. haha

and anak lelaki yang teman arwah bawa Quran and masa ayah dia tengah buat treatment dia setia baca Quran. ah sejuk perut ibu menganduk nak. hehe

penyakit SMX ni menyebabkan kulit En Karim jadi tegang, keras dan tebal. memang boleh nampak  kulitnya tegang semacam. ini disebabkan oleh kecelaruan tisu kronik. *yg ni aku amek dalam newspaper*

sebab tu en karim tak boleh cakap. masa datang buat rawatan pun en karim tak boleh cakap.ah sedih betul aku. dia hanya boleh mengerang kalau sakit.

disebabkan aku pemalu,(haha), aku tak tegur pun en Karim tu,lagipun en karim tak boleh cakap, so aku decide untuk approach anak dia.aku tanya betul ke ayah dia selalu menulis dalam BH? lepas tu dia cakap ya.

aku pesan suruh kirim salam dekat ayah dia ( he knows better how to communicate dengan ayah dia)  and cakap aku pembaca setia kolum yang ayah dia selalu tulis. haha.

 masa observe tu hanya aku sorang je doctor pelatih melayu. kawan aku yang datang dengan aku india.

so nanti bila anak dia cerita dekat ayah dia, aku rasa mesti en karim dapat agak aku yang mana sebab memang aku dok tercongok dekat sebelah tu je.hihi

tu pun aku dah super excited. hehe. patutnya time tu aku tangkap gambar dengan arwah. ade kenangan.




\

tu keratan akhbar harini. esok ada luahan rasa keluarga Allahyarham. tak sabar nak baca!


im a bit touching bila dapat tau arwah dah tak ada. maybe sebab aku selalu follow kisah En Karim kot.

semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.InsyaAllah.

al fatihah

p/s: im going induction (PTM) on 24th february 2014. yay! at last. cant wait to start my work as FYDO!

No comments:

Post a Comment