May 15, 2013

kisah Kiah dan Bedah.

Assalamualaikum~

Kiah dan Bedah adalah 2 orang sahabat baik. Kiah mula berkenalan dengan Bedah sewaktu Kiah mula-mula mendaftarkan diri ke sekolah berasrama penuh.
Kiah dan Bedah adalah room mates.

Kiah jadi teruja bila dapat tahu yang Bedah pun satu kampung dengan dia rupa-rupanya. Sejak itu Kiah mula rapat dengan Bedah.

Kiah memang suka kawan dengan Bedah.

Bedah suka emo. kalau Bedah tak puas hati and mood Bedah tak baik, balik bilik je mesti Bedah akan hempas pintu. Kiah selalu terkejut beruk setiap kali Bedah balik hempas-hempas pintu tu. maklum lah, katil Bedah sebelah pintu je.

tapi Kiah tak kisah. sebab Bedah kan kawan baik Kiah.

Bedah jugak suka merajuk. ada yang tak kena di hati Bedah, mula lah Bedah merajuk. Kiah selalu pening kepala macam mana nak pujuk Bedah. maklum lah Kiah tak reti nak main pujuk-pujuk ni. tapi selalunya Bedah akan jadi okey sendiri. Kiah tak pujuk pun tak apa.

sebab tu Kiah suka kawan dengan Bedah.

Bedah kan kawan baik Kiah.
best fren


Bedah jugak orang yang selalu melayan Kiah yang  tiba-tiba terjaga tengah malam dan Kiah selalu datang menyempit tidur sebelah Bedah. sebenarnya Kiah tu takut. Bedah ok jew walaupun tidur bersempit-sempit.

sebab tu Kiah suka kawan dengan Bedah.

sebab Bedah kan kawan baik Kiah.

Kiah kadang-kadang suka buat benda pelik-pelik. Tapi Bedah layankan aje kawan dia yang crappy tu. macam Kiah tiba-tiba terjaga tengah malam lepas tu kejutkan Bedah ajak makan limau.

sebab tu Kiah suka kawan dengan Bedah.

selepas tamat sekolah menengah Bedah dan Kiah sama-sama melanjutkan pelajaran di negeri yang sama walau berlainan kampus. Kiah happy sangat. kadang-kadang Kiah ajak Bedah keluar jalan-jalan especially time hujung minggu dan public holiday. Kiah jugak selalu balik ke kampung sama-sama dengan Bedah.
seronok betul masa tu bagi Kiah sebab bila dengan Bedah macam-macam boleh gossip.

seronok betul bila dapat gosip dengan kawan baik.

suatu hari Bedah bagi tahu Kiah yang dia sudah jumpa lelaki yang baik. waktu tu Kiah jugak lah antara orang yang terhappy sekali. pejam celik-pejam celik, Bedah selamat melangsungkan pertunangan dengan lelaki idaman hati Bedah.

Kiah lah orang yang sibuk-sibuk, pagi-pagi datang rumah Bedah, tak sempat sarapan pun Kiah dah sampai rumah Bedah. happy sebab kawan baik nak tunang. :')

masa berlalu begitu pantas. masing-masing sibuk.Bedah sibuk betul dengan persiapan perkahwinannya. kadang-kadang Bedah ajak Kiah teman pergi cari barang-barang kahwin.

 kadang-kadang Kiah ponteng kelas sebab nak teman Bedah shopping. Kiah tak kisah ponteng kelas walaupun Kiah tu skema.

sebab Bedah kan kawan baik Kiah.


tibanya hari bahagia Bedah. again, Kiah jadi antara manusia yang paling happy bila Bedah nak kahwin. seronok betul Kiah.

tapi sebenarnya Kiah sedih. sedikit.

tapi tak apa. Bedah bahagia, Kiah pun happy tengok Bedah.

lepas Bedah kahwin, Bedah senyap sungguh. Kiah cuba mesej Bedah beberapa minggu selepas itu. Tapi Bedah tak balas pun mesej Kiah.

Kiah sedih.

tapi Kiah tak kisah. sebab Bedah kan kawan baik Bedah.

Kiah tahu yang Bedah sibuk. mungkin cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru. tak apalah.


Bedah kan kawan baik Kiah.

setelah beberapa bulan berlalu, Kiah mesej Bedah lagi. oh, kali ini Bedah balas mesej Kiah. gembira betul hati Kiah.

tapi Bedah hanya balas 2 mesej Kiah je. lepas tu Bedah terus senyap. senyap lagi.

Kiah sedih.



No comments:

Post a Comment