April 14, 2014

Pak cik,Mak cik dan saya

Salam~

actually dah lama sangat nak tulis pasal Pak cik Mazlan and Mak cik Semarni ni.

pak cik Mazlan ni tersangat laaah baik. sama macam mak cik Semarni. benda ni dah lama pun. tapi sampai aku tua or selagi tak dapat alzheimer tu insyaAllah aku kenang lah jasa pak cik and mak cik.

actually diorang bukan suami isteri pun. mula-mula aku kenal pak cik mazlan je. time tu aku year 4. kecoh-kecoh nak cari patient nak buat gg palsu. memang dah rezeki and jodoh aku dengan pak cik and mak cik kot, time aku nak cari patient dekat kaunter  registration tu, pak cik Mazlan datang register nak buat gg palsu.

Alhamdulillah beul aku rasa time tu.

tapi time tu aku just bagi appment kat pak cik suruh datang lain kali. sebab time tu bukan slot untuk denture.

aku punya la doa pak cik datang bila aku bagi appmnt.sebab patient kadang-kadang tak datang pun.

hehe, and yes pak cik datang first appment aku bagi tu.:)

punya la happy aku, siap layan pak cik baik punya. HAHA. first class kot. masa belajar nak cari patient susah, kena cari yang compliance, especially bila buat denture. bukan boleh sekali datang terus siap denture. kena banyak kali datang baru siap. dah kalau patient tak compliance cemane tu? tak ke keje aku tak siap, jadi lambat?



nak di pendekkan cerita, aku cakap la kat pak cik yang aku nak patient untuk buat gg palsu penuh,(full denture-upper and lower), pak cik hanya pakai gg palsu penuh untuk atas sahaja bawah partial denture,

and pak cik being a nice pak cik, carikan aku patient.:)

 bawakan aku Mak cik Semarni. terharu betul aku. terharu sebab pak cik sanggup bersusah payah hantar and ambil mak cik since mak cik tak kahwin and tak ada orang yang bole hantar and ambil mak cik.

and aku pulak tak bole book both appment pak cik and mak cik together since slot denture hanya untuk 1 patient for every slot. cuba bayangkan, pak cik datang untuk slot dia, lepas tu esok pulak mak cik datang, jenuh la pak cik berulang-alik. dah la jauh rumahnya. aku lupa dah kat mana, tapi yang pasti jauh lah.

and pak cik tak banyak songeh. cuma pak cik suka cakap kuat. HAHA. bila pak cik datang tu mesti classmates aku dah tau. tak kisah pun, happy je aku layan pak cik.

mak cik pulak ada masalh lutut.selalu kalau apmnt mak cik pukul 2pm, mesti pak cik akan hantar mak cik awal sikit. lepas tu aku bawak mak cik solat dulu.
pak cik mazlan dan gg palsu . haha

mak cik pun sama. baikkkk sangat. tak tau nak cakap lah baik yang macam mana.tapi baikkk la.

since pak cik and mak cik ni antara patient aku yang terawal, and agak lama attached dengan aku sebab selalu datang,and time tu pun aku tak berapa cekap buat keje (sekarang pun tak la cekap mana pun, haha), diorang sangat lah sabar dengan aku.

buat denture ni memang la sangat menguji kesabaran, bukan setakat kesabaran aku je, patient  pun kena sabar. ahaha.

still, aku tak suka buat denture pun sekarang. sebab denture buat aku nangis. (tu je aku ingat pasal denture?)

jk.

still tak suka.

and yang buat aku terharu and teringat balik pasal pak cik and mak cik bila tiba-tiba pak cik call aku.

time tu aku kat clinic, dapat unknown number, and naseb baik lah time tu aku tengah main phone, aku angkat la jugak. kalau tak perasan mesti aku tak angkat. n bak kata chevy aku tak reti nak return call orang. ahaha.

terkejut aku bila pak cik yang call!

pak cik dah tukar number. patut la before this aku dok call tak pernah ada orang jawab.

sembang-sembang la sikit dengan pak cik, pak cik happy je dah tau aku keje, siap cakap gg palsu aku buat sedap pakai. :'). so sweet la pak cik. HAHA.

and still pak cik pakai lagi.

terharu saya.

soalan cepumas mesti la ada kan dari pakcik. dah kahwen ke belum. of course la belum pak cik. saya ni paranoid. ahaha.

pak cik pesan suruh jemput kalau nak kahwin. aku pesan suruh pak cik doa jodoh yang baik2 je untuk aku. ahaha.

dapat phone call dari pak cik je just made my day.:)


sedey sebab gambar dengan mak cik semarni dah hilang,phone kesayangn punya pasal lah. ilang gambar kesayangan pulak.cis.


k bai
p/s: both pak cik and mak cik sihat alhamdulilah sekarang.:)

No comments:

Post a Comment